Saturday, April 23, 2011

Bumiku Hijau..

Hi sume..da lame aku xupdated blog aku ni..maklum la..bz katekan..sorry.. 

22/4/2011- Cuaca hari tersebut indah sgt,kebetulan hari tersebut hari BUMIKU HIJAU kt office kt bg,sume org kene pakai baju hijau..masing-masing dgn gaya tersendiri..kikikiki(^_^)..pagi tu ade sesi pendaftaran..org yg terawal,dpt hadiah "mug"& pemberian token bertempat kt bgunan sebelh office aku,time tu aku,ika,ekin,erin,megat,khalad,k.ain & k.roy da dtg awal..jadual start kul 10.kiteorg belum kul 10 da ade kt lobi..konon excited sgt la.(^0^)..punye la lame tggu..siap amik pic lg posing xingt.


Time ni panas gile..sbb indah sgt.(^-^)





Time ni bebtl panas bkn effect lighting lg...

Tetiba ika dpt call,bos suh attend meeting last minute..aku & ika ape lg..tension la..pastu terus gerk balik office semula..yg xleh blah,g attend meeting bwk diri je..buku & pen pun xbwk.kalah bos bwk buku & pen..hahahha(^0^)..stgh jam berlalu..layan meeting dgn rase xpuas atinye bile mmbr ika bgtau die dpt "mug" sbb g daftr awal..aku dgn ika dgn rase kecewanye wt keputusan nk blah dr meeting tu..sbb xde isu bkaitan pun..dgn alasan nk g toilet.hahah..lawak btl..nakal sungguh!!anak sapo la ni..smpi je kt tempt pdaftaran,daftr la..akak yg daftrkan kiteorg tu ckp ("maaf la dik,adik lambt..."mug" da abis..tggl "mug" yg guna tuk ptandingan melukis "mug" je."just token je ade)huhuhuhu(V_V)..sedih ooooo.token pun token la..nasib bdn..

Friday, April 22, 2011

Hotdog

21/4/2011-Merupakan hari yang paling mencabar & lawak la gak..kikikiki(^_^).nk tau sebb pe?cmni..pd tarikh tersebt,DNM wt pertandingan makan hotdog..nk tau x cmne aku boleh telibat dlm pertandingan ni?cmni mulenye..DNM wt pertandingan..so setiap unit kene anta wakil bg setiap unit,kalo nk di ikutkan la..aku tanye kekwn aku sume xmau.baik laki or pmpn..malu la..segan la..takt org gelak la..bg aku sume tu xpenting..lg pun bkn org luar tgk kite pun..alik2 bdk office je.. aku anggp tu suke2 je..n memenuhi syarat peyertaan je..menang kalah tu xpenting..janji enjoy(^_^)..dr stress je wt keje..Bertempt kt lobi M floor,para peserta kene daftrkn diri dlu sebelum bertanding..

Sesi pendaftaran & taklimat


Semangat btl ni mkn,ingt hotdog je..amik ko,mkn dgn roti skali + air botol.kene clearkan sume termasuk la air mineral tu..kene abiskan gak.3 yang terawal menang dpt hadiah..Memandangkn roti + hotdog+ air mineral..so mmg xdpt la aku nk abiskan.

ni la 3 ketul hotdog yg kene aku telan..

Peserta2 yg turut mgambil bahagian
Acara bermula time tu xde pk ape da..mmg nk mkn smpi abis la..2 ketul je sempat abis,lg 1ketul pas abis ptandingan bru aku abiskn..hahhah(^0^).bkn ape..da muak mkn..nk muntah pun ade..laki & pmpn campur..

Para pemenang.
 pape pun kenangan ni aku xkn lupekan..(^_^)..happy & enjoy(^_^)..

Tuesday, April 12, 2011

Andainya Lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s: sayangilah seseorang yg menyayangi kita dari kita menyayangi orang..hargailah ia selagi ia msh ada..