Tuesday, June 28, 2011

Wad Bersalin di Filipina Yang Menyedihkan

Macam-macam la sekarang ni..wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila . Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang . Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya di Dr Jose Fabella Memorial Hospital , sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.

Persoalannya disini mengapa padat sangat? Oh that is an easy answer. Filipina ialah sebuah negara Roman Katolik . Paus tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa keran "melanggar kehendak tuhan" . Yes ladies and gents macam sesetengah mazhad Islam the whole idea or family planning dianngap dosa. No I am not kidding. Di Filipina 90% penduduknya adalah katolik.

Presiden Beningno Aquino III cuba untuk mengurangkan kadar kelahiran Filipina dengan memperkenalkan pengajian seks disekolah dan kempen perancangan keluarga bagi mengawal populasi Filipina yang telahpun mencapai 90 juta orang! Walau cadangan beliau mendapat sokongan rakyat, pihak Gereja Katolik Filipina menentang sehabis-habisnya cadangan Presiden. Mereka memberi amaran akan menyisihkan beliau dari gereja Katolik. Bizarro shit! So there you go people. Rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan tak masuk akal agama. In this case you know what separation of church and state makes so much sense!




Tuesday, June 14, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.

Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.