Wednesday, March 17, 2010

Tanda Kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. 
 
Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. 

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :  

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

 Tanda 40 hari sebelum hari mati 

  Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.  
 
Tanda 7 hari
 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari
 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda akhir
 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
 
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari ker edhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam
 
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Tuesday, March 16, 2010

HANIM..

Salam kepada semua warga CG. pertamanya saya minta maaf jika threat ini dibuka pada tempat yang salah dan mohon mod/admin alihkan ke tempat yang betul.

Di sini saya tertarik untuk buka threat mengenai kejadian yang hangat dikatakan pada masa kini iaitu mengenai kes penderaan@pembunuhan seorang budak berusia 3 tahun yang bernama Syafia Humairah Sahari.

Pada mula berita ini tersiar, saya amat marah atas kejadian yang berlaku. tetapi pada malam minggu baru - baru ini saya pergi ke kluang tempat saya membesar untuk melepak bersama rakan - rakan. Rupanya ibu kepada mangsa adalah kawan yang sama - sama tingkatan, dan berdekatan dengan rumah saya dahulu. saya hanya panggil namanya iaitu hanim. setelah hampir 10 tahun tidak berjumpa, maka saya tidak berapa cam mukanya di dalam televisyen sehinggalah kawan saya bernama Afendi rosli ( pelumba motor sck harian metro ) menceritakan mengenai kisah hanim kepada saya.


semasa sekolah dahulu, hanim adalah antara pelajar yang agak terkenal di antara pelajar lelaki. biasanya kami akan sibuk nak tengok serta teka BRA yang hanim pakai pada hari tu talinya bersilang (kami suka panggil bra pangkah ) dan warna apa.

hanim juga ada geng - geng perempuan. Geng - geng mereka ini secara umumnya kami panggil CHIA sahaja pada masa itu atau panggilan asasnya adalah BOHSIA.

selepas saya berpindah ke sekolah asrama pada tingkatan 4 ( tahun 2001 ) saya dah tiada peluang untuk melihat bra apa yang hanim pakai.

afendi juga menceritakan bahawa SAHARI iaitu bapa kepada mangsa adalah orang sabah dan bertugas sebagai polis di balai polis sungai plong. apa yang saya tahu, hanim dan sahari dikahwin secara paksa akibat pada masa itu hanim mengandungkan arwah yakni anak sahari.

sahara dimasukkan ke penjara kerana dia telah dituduh menembak mati seorang pendatang indonesia berdekatan dengan Tasik Biru Sri kundang. pada masa itu juga hanim dan sahari telah mempunyai anak seramai 3 orang.. dan mangsa adalah anak ketiga. maaf saya cakap, ketiga anak hanim adalah diluar nikah.

sekarang ni sahari berada di penjara sungai buloh sambil menanti hukumannya dijatuhkan sama ada bersalah atau tidak bersalah di bawah akta 302B jika tidak silap saya. Sahari juga amat marah bila mengetahui anak nya dibunuh oleh teman lelaki hanim dan sekarang ni dia bersiap sedia serta berharap teman lelaki hanim ditempatkan di penjara yang sama dengan dia.

menurut keterangan rakan saya iaitu afendi ini juga, permohonan sahari untuk melihat pengebumian anaknya di tanah perkuburan kluang juga tidak dibenarkan oleh KKDN kerana kes sahari adalah berat. oleh itu sahari berazam untuk membunuh teman lelaki hanim jika dia ditempatkan di penjara yang sama kerana sahari tahu bahawa kes dia agak sukar untuk menang di mahkamah.

"alang - alang aku nak kena gantung, biar aku bunuh mamat tu bagi puas hati aku " <--beginilah lebih kurang kata sahari.


hanim pula mempunyai seorang anak bersama teman lelakinya pemandu teksi itu yang berumur setahun lebih. dengar cerita, hanim juga sudah mengandung 4 bulan anak kedua bersama teman lelakinya itu.

menurut datuk kepada mangsa iaitu ayah hanim, sebenarnya dia serta isterinya yang menjaga mangsa. tetapi mangsa terpaksa diserahkan kepada hanim kerana dia dan isterinya ingin pergi keluar daerah kerana ada urusan. dia membawa anak hanim yang pertama dan kedua manakala mangsa ditinggalkan bersama hanim.

kesan - kesan parut serta luka lama yang ada pada mangsa adalah kerana sebelum ini mangsa pernah tinggal bersama hanim serta teman lelakinya.tetapi bapa serta ibu hanim mengambil keputusan menjaga mangsa kerana kesian melihat cucu mereka didera,.

maaf jika saya berkata dengan agak kasar. hanim pernah saya nasihatkan supaya berubah semasa kami sama - sama bersekolah dahulu. saya adalah rakan kepada hanim kerana rumah kami berdekatan serta pergi ke sekolah pun sama - sama. sayangnya dia tidak pernah ingin mendengar cakap saya.

setelah 10 tahun tidak bertemu serta mendengar cerita pasal hanim, apabila mendengar semula cerita pasal dia saya amat sedih sekali kerana dia tidak pernah ingin berubah. melihat wajahnya di televisyen, dia seolah - olah menangis atau memaksa dirinya menangis.

di sini saya mengharapkan hanim juga diberi hukuman yang setimpal atas perbuatannya. mangsa yang dibunuh pernah juga didera oleh hanim dan saya berharap keadilan ditegakkan demi mangsa yang meninggal dunia.

saya menceritakan kisah ini pada rakan - rakan  semua bukanlah berniat untuk membuka aib hanim iaitu sesama islam kita. tetapi saya terpanggil kerana saya lebih kasihan melihat mangsa dan berharap orang -orang yang pernah menyeksa mangsa semasa hayatnya akan ditangkap serta dihukum!

kerana apa saya minta mereka yang terlibat ini dihukum? kerana saya berharap ia menjadi pengajaran kepada rakan - rakan serta masyarakat kita bahawa betapa pentingnya didikan agama kepada anak -anak

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Diari Seorg IBU.

25 Mei 2009-
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah
wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu
nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp
aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami
mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day
period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8
months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x
nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so
aku bergegas ke k lin ik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu
katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak
leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke
Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di
hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali
aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di
seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui.. .

27 Mei 2009-
masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg
malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik
husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena
refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg
pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba
normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersa lin lama mcm masa bersa lin Husna dulu

29 Mei 2009-
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik
positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa
Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk
final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk
dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah
kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke
tg malim..masih sakit...

lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk
nyucuk...singgah k lin ik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk
lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk
antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini
dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna
aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby.......kerana, baby aku baru berusia 33
minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersa lin
lg...rupanya, aku dah nak bersa lin ...dah buka 2 cm.....dr cuba suntik ubt
kat aku, tak nak bg bersa lin lg...sakitye ALLAH je yg tahu....tp demi
baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok
pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad
bersa lin ...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n
kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg
dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg
menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa
sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersa lin yg ini...aku selamat
bersa lin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka
imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg
(33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk
check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud
aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr
mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or
jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku
dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar
kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap
penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer
ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah
hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum
ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad
bersa lin ...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas
perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid
Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan
kebatilan...

4 June 2009-
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di
sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp
kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan
ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami
akan usaha.......janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr.
pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor
operation

5 June 2009-
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin
banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn
Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. ..tp
masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku
boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti
biasa...

7 June 2009-
Qaid berasa selamat setiap kali aku
mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ........makin sihat...

8 June 2009-
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my dar lin g!!... sabar ye
sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau....Husna dah cerdik...dah
boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena
mengalah ye sayang...

11 June 2009-
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi
penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di
sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg
ambik untuk balik...bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku
tolak....tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa
sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-
2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh
tu...packing brg

15 June 2009-
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid
kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...

on the way ke IJN, Dr.caro lin e dari Hospital SLim River telefon,
mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu
petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg
careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku
untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni
teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan
bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak
aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di
bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau
tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp
Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk
operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak
bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia
naik...Dr.. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak
MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau
tanpa bantuan2 semua tu......kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa
sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2
minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan
menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat
naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui
tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg
curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc
susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed
dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-
berat Qaid naik ke 2.395 kg......ALHAMDULILLAH

20 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan
kami.....perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc......aku cuba minum air banyak....mkn
lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau
urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela....Demi
kesihata anakku

22 June 2009-
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni
bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44
kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns......aku tak putus asa..terus
memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disa lin pampers...tp dia
mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang
jaga..senang bersa lin ...

11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02
(deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff
nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil
ini...terus dia nangis mcm biasa........

tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia
lahir...untuk pemerhatian rapi...

aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn
tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk
memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku
sangat risau..Ya ALLAH....selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari
bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH

ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3.....3 kali mereka membuat CPR ke
atas anakku...

25 June 2009-
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh
tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah
anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n
di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus
bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu
terjadi lg......aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali
untuk anakku....dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive
pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia
tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu...aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-
perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau
punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org
lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg
sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh
berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya
semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU
uji terhadapku.... ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke
atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid
menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat
menghibakan hati ku.....

menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl
8, dr caro lin e call...suruh aku n husband ke hospital segera...

kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah.....sebarang kemungkinan
bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2
mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di
sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut
dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak
mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad
itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku
takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak
sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat
sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak....

menjelang tgh hari, Dr. Caro lin e memberitahu kami...anak kami sangat
lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung
katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat
bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n
sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya.....even
org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia
sangat lemah!!!!Dr caro lin e berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA
YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN,
KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing
ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak
sanggup dia tinggalkan aku...

tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu
berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun
mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. .....Qaid.. .bertahan
nak...ibu ada teman Qaid

bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu
bertahan.... aku nangis sepuas puasnya.....aku meluahkan apa y terpendam di
hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku,
berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2
anakku...di te lin ga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan
allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak
dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk,
mak....mulia sungguh hatimu....

aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di
tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu
teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan
sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya
pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak
cukup.....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak
mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami....kuman itu
dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin
membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya
allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku....jg lah
di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku,
kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami
lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang
pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah
pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt
mengurangkan kekembungan bayiku itu...

aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk
kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg
anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus
berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg
mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di
sisi Qaid, dia memberi respond padaku....kakinya diangkat-angkat. ..aku
terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya
terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak
gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd
nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya
rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg
juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...

menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas
sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari
wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat
CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil....dlm hari..masih dlm pantang...ya
ALLAH...berilah kekuatan pd ku....suamiku terus membaca yassin di sisi
anakku...jantungnya semakin lemah...tekanan darah mula tak stabil...CPR yg
di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum
ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd
anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd
suamiku....bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air
sahaja....aku bersyukur.... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ
anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus
nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada
anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari
luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE
TGK??...aku ckp....nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm
tu...tak sampai hati...

kemudian....aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku
terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad
dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK
ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH....KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK
RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK....BOLEH PEGANG
DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd
suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH....kemudian, aku terus
pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus
pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg
melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. ..Ya
ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup
nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu
sayang Qaid....kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg
sihat2...anak ibu sakit jantung....kenapa anak ibu yg kena...Ya
ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid. .......... .

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya
gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak
mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat
sungguh ujianmu ini ya ALLAH....berilah aku kekuatan ya ALLAH...

suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit
ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk
menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku
terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat
ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit
cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua
ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku
harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... ...aku
redha.....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di
sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. .aku
begitu lemah sekali....

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH....anakku
seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ....begitu comel wajah anakku..begitu
tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu
ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang
padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye....aku tak perlu khuatir...Qaid
akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi....aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa
henti....

sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu....moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad
itu....sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah
berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di
jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. ...dari mula aku menerima berita
Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan
dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. ..jdkanlah kisah aku sebagai
kekuatan korang....

ku lihat..semua staff nurse menangis....dr. sumi pun begitu...aku ucapkan
terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di
bawah jagaan mereka..

ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan
jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu
lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah
sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ....putih bersih...ya ALLAH...berilah
kekuatan ke atas ku.....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah....mak dan mak mertuaku, adik2
iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ....jenazah anakku diletakkan di
atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan
katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala
pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana
agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak
menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di
sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik
ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa
hatiku ya allah...

along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut
kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain...mengaji untuk
jenazah anakku...

suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung
karang....bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak
leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke
tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli
keluarga suamiku dari kedah..

sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba... ...pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku
memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku
ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh
hatiku....ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku....aku pilu..pilu
bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan
mimpi...tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur,
eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ......adik kakak dah tak
de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya
telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??

kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat
jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat
satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde....anak aku dah dijemput
ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan
hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb
ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima
hakikat ini.....kemudian, dtg jiranku yg pa lin g rapat denganku..kak mas,
aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ....ini semua dugaan...air
mataku dah kering.....dah kering untuk menangis lg...hati aku
pilu....hiba.. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak
putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah....antara
banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU
KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA
NANTI...amin. ...amin.... .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di
dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu
menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga...kenalan. ...sahabat2 handai....kemudian, aku
diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke
aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku
sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian,
secara tiba2...aku berzikir pd jenazah
Qaid....SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ....WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU
AKBAR....zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia
menangis...mengigau ....ya allah....anakku hidup lg..dia cuma tido..tido
seperti hari2 biasa....tido selepas mandi...selepas di beri susu...ya
ALLAH....jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd... .....

jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah.....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... ...sekurang kurangnya Qaid tak
sendiri...nyang ada menemani Qaid..

Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau
limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH... lin dungilah Qaid ya
ALLAH.....jagalah Qaid di sana ya ALLAH... lin dungilah dirinya ya
ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan
suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya
ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak
pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku
REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya
dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,
jaga Qaid siang dan malam....cium Qaid tanpa henti...bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah
yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak.....tp Qaidlah
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya
nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa
Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak
sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid....doakan
ibu ye nak...doakan ibu...semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu
akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid
merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari
abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid....ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini
jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY


ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid

AWAS ¡®Pukau Mayat¡¯


Aku ingin menyebarkan cerita dari pengalaman sahabat ku Khairul yang terkena pukau mayat agar kita sentiasa peka dan awas dengan niat jahat pengamal durjana ini dan semoga dengan kejadian ini kita sentiasa berdoa kepada ALLAH dalam hidup harian kita agar dijauhkan dan dilindungi dari niat jahat orang seperti nya.

Kejadian berlaku pada 21hb November 2009 bertempat di kawasan letak kereta bangunan KLCC.

Retetan kejadian seperti diceritakan oleh isteri Khairul

Sabtu 21hb jam 1:00 tghri

Khairul ke pejabat nya di KLCC untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu dibereskan, setelah kerjanya beres jam 6:30ptg Khairul ke ATM untuk mengeluarkan wang dan selepas itu pergi minum minum dengan kawan kawan nya sebelum bergegas turun untuk ke keretanya yang terletak di bangunan KLCC untuk pulang kerumah . Ketika menghampiri kereta nya, dia didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin menukar wang kecil untuk membayar parking . Dalam ketika itu lah lelaki itu memulakan niat jahat nya untuk memukau dengan menepok belakang Khairul tanda terima kasih nya setelah dapat menukar wang kecil.

Berikutan kejadian itu Khairul terus tidak ingat apa yang berlaku disekelilingnya seolah olah dia hilang ingatan dan seperti orang bingai

Usaha untuk menghubungi Khairul oleh isteri nya Zura tidak berjawab hanya jawapan voice mail yang diulang berkali kali di terimanya , tanpa menduga apa yang terjadi pada suami nya lagi pon suami nya sering pulang lewat kerana berjumpa dengan klien nya atas urusan kerja Zura pon melelapkan mata sambil menidurkan putri kesayangan mereka.

Ahad 22hb November 2009.

Pagi itu setelah bangun dari tidur Zura terkejut kerana suaminya masih belum pulang dan tiada khabar berita yang diterima dari Khairul. Puas Zura hubunginya namun hanya voice mail yang diterima. Tanpa syak apa apa perkara buruk berlaku keatas suaminya Zura cuba menghubungi rakan rakan dan kenalan Khairul untuk memastikan suami nya selamat dan setelah hampir tengahari Zura cuba menghubungi Hospital2 untuk memastikan suaminya tidak mendapat apa apa kecelakaan.

Lewat petang masih tiada apa apa berita dari Khairul cuma sekali sekala sms dari telepon bimbit nya masuk mengatakan bateri nya ¡®kong¡¯ namun untuk menghubungi nya masih gagal untuk memastikan Khairul dalam keadaan selamat. Keadaan ketika itu menjadikan Zura , rakan rakan dan kerabat kerabat Khairul gusar dan gelisah takut ada masaalah besar berlaku pada Khairul.

Jam 10:00 malam satu laporan Polis telah dibuat setelah segala usaha untuk menghubungi Khairul gagal dan menemui jalan buntu. Dalam pada itu saudara mara Khairul berusaha mencari orang orang yang ¡®pandai¡¯ dalam hal hal ghaib untuk cuba mencari Khairul dengan cara kepakaran tersendiri.

Jam 11:30 mlm Zura mendapat sms mengatakan Khairul dalam perjalan balik dan berada di kawasan Shah Alam , namun usaha untuk menghubunginya masih gagal dan buntu.

Jam menunjukan 2:00 pagi namun Khairul masih belum balik, Zura pon naik keatas untuk melelapkan mata setelah lama menunggu . Dalam pada itu Zura masih tidak dapat melelapkan matanya sepenuhya mengenangkan nasib suaminya sepanjang hari dan masih menaroh harapan kepulangan Khairul.

Tiba tiba jam 2:30 pagi kereta Khairul muncul dihadapan pagar rumahnya, Zura yang dari tadi tidak dapat melelapkan matanya menjenguk dari tingkapnya agar suaminya keluar dari kereta namun setelah hampir 5 minit Khairul masih tidak kelihatan .Dengan rasa cuak dan takut kalau kalau ada orang lain dalam kereta Khairul, Zura dengan dibantu oleh ibu nya turun untuk mendapatkan Khairul yang masih didalam kereta.

Alangkah terperanjatnya kedua beranak itu setelah pintu kereta dibuka keadaan Khairul menggeletar , pucat lesi dan membisu seolah olah dalam kebingungan. Khairul dipapah kedalam rumah masih dalam kebingungan , tidak bermaya dan membisu. Zura memberitahu saudara maranya atas kepulangan Khairul. Malam itu setelah dimandikan Khairul dapat lelap tapi masih bingai dan tidak kenal orang.

Isnin 23hb November 2009

Zura membawa Khairul berjumpa dengan seorang ustaz untuk dipulihkan , setelah dirawat dan dipulihkan baru lah Khairul kembali ke keadaan seperti dia. Namun apabila ditanya apa yang terjadi pada dia selama ini, Khairul mengatakan dia tidak ingat apa apa cuma dia ingat waktu keadaan di parking KLCC ketika dia dihampiri oleh seorang lelaki kurus tinggi berkulit gelap.

Dari pandangan ustaz , khairul telah dipukau untuk dijadikan orang suruhan kepada manusia yang tidak bertanggung jawab. Khairul seperti ZOMBIES yang boleh disuruh apa saja untuk kepentingan manusia durjana itu, dan mengikut kata ustaz lagi Khairul merupakan mangsa yang ke 113 dan kebanyakan mangsanya ialah orang muda. Sungguhpon wang RM1000 Khairul lesap namun dari segi logiknya masa kan kereta dan telepon bimbit Khairul tidak di ambil oleh pemukau itu. Zura dan keluarga bersyukur kerana dapat Khairul kembali seadanya dari tindakan cepatnya, berdoa dan dengan pertolongan dan kuasa Allah. Apa akan dan telah terjadi pada mangsa mangsa zombies yang lain ?????? hilang tanpa di kesan.

OLEH ITU AMBIL LAH IKTIBAR DAN AWASI LAH SETIAP LANGKAH KITA AGAR KITA TIDAK MENJADI MANGSA PEMUKAU MAYAT SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN ZOMBIES.

Dari pengalaman ngeri yang Khairul hadapi diatas maka disarankan agar kita jangan tinggalkan solat dan usahakan apa apa ayat pendinding dan amalan amalan doa harian agar ianya tidak terjadi pada orang yang kita kasihi.