Monday, February 6, 2012

Maulidur Rasul

5/2/12- 12Rabiulawal Merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..yang mengigatkan kita tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W selama hayatnya..tak terbanding..Bila baca semula kisah-kisah Nabi...sayu hati aku..terlalu banyak pengorbanan beliau.Kita sekarang?adakah kita umat akhir zaman yang dimaksudkan???Ya Allah..terlalu banyak dosaku dari pahala..ampunilah dosaku..

Aku membaca 1 artikel tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat,sehinggakan aku menitis airmata..sedih sangat(!_!)..Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w



Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment