Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga :
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam .
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal .
Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.
Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment