Friday, August 13, 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
  1. Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
  2. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
  3. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.:
  1. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
  2. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  3. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  4. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  5. Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin.. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..






ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati azan .Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Thursday, August 12, 2010

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga :

Mesti   sahur.

Ketika nak makan nasi,   bacalah selayaknya sebagai seorang Islam .

Gumpalkan nasi  sebanyak   3 ketul .   Baca Surah Al Ikhlas   1 kali dan makan   nasi   segumpal .

Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. 

Selepas makan sahur , makan   buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan   selawat  1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.

Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk   orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA:   Surah Al-Ikhlas  itu adalah ayat yg dapat   menguatkan segala sendi dan tulang  dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah   kurma  itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari,   iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Tuesday, July 20, 2010

Proses Buat Burger Daging

Ape kate korang lepas tgk video ni??nk mkn burger lg ke??xsume burger la..just ati2 la bile nk mkn..lg2 burger luar negara..AWAS!!!

Boikot KFC Malaysia?


     Ramai yang beranggapan KFC dari Amerika dan kerana Amerika sokong Israel, jadi kita perlu boikot KFC. Memang tidak dinafikan Kentucky Fried Chicken asalnya dari North Corbin, Kentucky, US dan bermula sejak 1929 lagi. Tapi tahukah anda siapa yang menguruskan KFC di Malaysia? Baca seterusnya..
Kulim (M) Berhad adalah antara anak syarikat Jcorp atau Johor Corporation dalam bidang perladangan kelapa sawit pada asalnya. Tahun demi tahun, Kulim Bhd ini telah melangkah lebih jauh. Begitulah sehingga Jcorp melalui Kulim (M) Bhd berjaya mendapatkan QSR Brands Bhd yang mana pemegang saham terbesar KFC Malaysia.


     Selain Restoran KFC yang kita selalu gi makan tu, KFC Holdings juga mempunyai beberapa lagi anak syarikat yang kita semua pasti tahu iaitu Pizza Hut, Rasa Ayamas dan Sos Life. Anda boleh layari laman web mereka untuk mendapatkan info lanjut, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan Ayamas Food Corporation Bhd.

      Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar. Email beliau adalah seperti berikut.
Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.


     Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :


Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)


        Tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
    sekian.


    Muhamad Ammar Abdullah
    Halal Audit Executive

    Monday, July 19, 2010

    VERY Important Msg for all mobile phone users

    Don't press #90 or #09
    If you receive a phone call on your mobile from any person, saying that, that they're checking your mobile line,
    and you have to press # 90 or #09 or any other number.End this call immediately without pressing any numbers..

    There is a fraud company using a device that once you press #90 or #09 they can access your 'SIM' card and
    make calls at your expense.


    Forward this message to as many friends as you can, to stop it.

    This information has been confirmed by both Motorola and Nokia.
    There are over 3 Million mobile phones being infected by this virus in all around the world now.

    Ahli bangsa2 tak bersatu.

    Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

    Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

    Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

    Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

    (Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

    Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
    Tukang gali : Tidak ada apa-apa
    Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
    Tukang gali : Takde Dato’..

    Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

    Thursday, July 1, 2010

    Hukum lelaki pakai gelang kaki

    ISLAM adalah agama yang bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia sama ada lelaki atau perempuan.

    Bagi lelaki antara perhiasan yang dibenarkan adalah memakai cincin bukan daripada emas. Ia hendaklah secara berpada saja.

    Berbanding dengan perempuan, Islam membenarkan mereka berhias sesuai dengan jiwanya yang suka kecantikan.

    Memakai rantai, gelang tangan dan kaki pula sesuai dengan peribadi seorang wanita tapi tidak sesuai dengan lelaki.

    Oleh sebab itu, lelaki tidak dibenarkan memakai gelang kaki seperti wanita.

    Hanya dalam keadaan tertentu ia dibenarkan seperti pesakit dan penjenayah untuk tujuan keselamatan.