Wednesday, February 10, 2010

kisah teladan & pengajaran

Penangan Ilmu Lubang Jarum....

Berhati2 kalau nak buang pads ? basuh dulu. mcm2 org boleh buat?gerun baca kisah nih

Buat renungan bersama.......


Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah?" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu..

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita.. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya.. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin..

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Wednesday, January 13, 2010

Menyambut Orang Baru

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan
yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut
suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan
dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran
anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak
Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-
lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami
perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di
samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak
beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-
Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).



 2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru
lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi
anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat
didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-
Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh
Fatimah r.a.”

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga
kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada
Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan
dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman
akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian
mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan
(ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36,
surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan
(sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang
mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama
anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah
menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu,
demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam
(yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak
yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari
menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat
walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa
kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana
hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling
mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada
hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada
anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan
nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan
ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah
keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan
hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami,
lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan
jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan
ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para
nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal
dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada
kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat
mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor
kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.
Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya
yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan
dicukur rambutnya”.

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini
dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir,
kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan
dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru
lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada
hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau
orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka
semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera
penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia
berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya
mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari
ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang
banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang
dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan
bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah
bersabda :

Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-
perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum
(yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah
hadis disebutkan :

Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur
sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah
menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan
terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu”.

Imam As-Syafie berkata

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui
oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu
kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba
ke jalan Allah.

Rutin harian yg macammane???

Good for us to read and apply together…(“,)…



“Retain, Repurchase, & Recommend”





Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tuesday, December 22, 2009

Akum Versus As Salam

Ilmu utk dikongsi bersama :


Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.



JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
>>>>>>>1) Barang siapa membaca
>>>>>>> ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
>>>>>>> Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
>>>>>>>
>>>>>>>2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
>>>>>>> dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain..
>>>>>>>
>>>>>>>3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
>>>>>>> akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
>>>>>>> Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
>>>>>>>
>>>>>>>4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
>>>>>>> Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
>>>>>>> setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
>>>>>>> rahmat padanya.
>>>>>>>
>>>>>>>5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
>>>>>>> sebelum keluar rumahnya, maka
>>>>>>> Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
>>>>>>> memohon keampunan dan mendoakan baginya.
>>>>>>>
>>>>>>>6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
>>>>>>> akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
>>>>>>> yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
>>>>>>>
>>>>>>>7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
>>>>>>> niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
 "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
 untuk Akhirat-mu "

 Subhanallah. ..

Khasiat Pisang...

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati..

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Kepada Peminat2 Game Wajib Baca Dan Lihat Nie

Game Yang Menghina Islam

:Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...

Video game yg menghina agama Islam; Bacalah!

game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di
akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi
????:ayat yg aku dah luper.....

Saudara2 sekalian boleh lihat nie...

http://www.youtube.com/watch?v=WKvltnvCXZw

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..
Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan
kepada saudara - saudara kita kat luar sana...

sumber dari : http://torrent.jiwang.cc/forums.php?action=viewtopic&topicid=1193